Thursday, August 6, 2009 | By: d Rex

Layu...

"Tiada apa yang lebih menyayatkan, ialah apabila melihat bangsa sendiri di pijak"...
Itulah salah satu petikan yang saya ambil dari lagu layu dendangan Malique dan Dr Tun Mahathir Mohamad. Dari lagu ataupun lebih tepat lagi, sajak sebenarnya, ia mengisahkan bagaimana sebenarnya keadaan dan juga sikap orang Melayu ketika ini. Saya sentiasa mendengar sajak ini ketika hendak melelapkan mata, dan sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya berubah dan membela nasib kaum kita sendiri. Sedih melihat kaum sendiri di pijak, dan sedih melihat kaum sendiri di cerca, dan sedih melihat kaum sendiri berpecah belah. Sudah hilangkah rasa untuk membela nasib kaum sendiri? Kita jarang berfikir di luar kotak, menyebabkan kita sentiasa ketinggalan di belakang kaum2 yang lain. Sentiasa ingin melihat orang lain berada di bawah kita, dan sentiasa ingin menjatuhkan bangsa sendiri. Kenapa kita perlu lakukan semua itu, sedangkan kita yang berkuasa dan tanah ini adalah tanah kita. Nenek moyang kaya raya, jangan di gadai harta bendanya. Ku lihat layu dalam Melayu, Ku lihat layu dalam Melayu, Ku lihat layu dalam Melayu. Ku sedar bukan ku sorang yang nampak. Suka berjanji di dalam borak, bukan kata tak ada otak, tapi tidak berfikir di luar kotak. Selalu malu bila soalan di aju, suka mengikut dari meneraju, bukan kata bangsa tak maju, tapi takut untuk mengukur sendiri baju2. Ku lihat layu dalam Melayu, Ku lihat layu dalam Melayu, Ku lihat layu dalam Melayu. Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya mereka yang kekal dan tabah dapat menentukan bangsanya yang berjaya.

0 Pendapat?:

Post a Comment