Monday, January 24, 2011 | By: d Rex

:: Syurga bawah tapak kaki Ibu, bawah tapak kaki suami ::

Assalamualaikum..

Aq agak tertarik ngan citer sal Syurga bawah tapak kaki ibu & suami neh pada satu laman web yang d tulis oleh seorang wanita (Ibu) nie.. http://www.e-bacaan.com/emailc33.htm

Agak2 korang, pe yang korang faham ngan maksud syurga di bawah tapak kaki ibu dan suami?

Bagi aku yang paling senang nak describe ialah, kita xbleh derhaka kepada ibu dan isteri kepda suaminya.. itu kefahaman aku la.. korang plak aq xtaw cmne.. aq nie bukan la terer sgt bab2 agama neh.~! 

OK.. pada satu web ini, dia menyatakan 
"Kaum lelaki bertanggungjawab memberi nafkah kepada kaum wanita. Kaum lelaki juga bertanggungjawab mendidik kaum wanita supaya menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah i.e. ahli syurga. Inilah maksud “Syurga di bawah tapak kaki suami”. Bukan seperti ajaran songsang yang biasa diajar oleh “alim-ulamak” kita iaitu “Isteri wajib taat kepada suami, Kalau suami tak redha tak cium syurga”. Gilo ko? Syurga neraka bukan suami punya, Allah yang punya. Mana ada Allah kata yang kalau suami tak redha isteri tak masuk syurga?"

Betol la ape yang di katakannya tu.. Tapi sedikit terdetik d hati nie.. Dia seperti mempertikai kan bila dia ckap camni
"Cubalah fikir, kalau kita taat kepada Allah dan Allah dah redha dengan kita, buat apa nak cari keredaan makhuk lagi? Kalau Allah dah redha, suami tak redha, biarlah suami jawab nanti. Kalau ikut akal pun, sekiranya Allah dah redha, orang yang tak redha tu dah tak taat pada Allah. Biarlah Allah yang menghukumnya sekiranya dia layak dihukum."

Apakah yang di fikirkannya pown aq xtaw.. Xperlu cari keredhaan makhluk?
IBU? sebagai seorang lelaki juga manusia, aq rasa keredhaan ibu itu teramat2 la penting.. kalau x, di mana datangnya sumpahan ibu yg boleh membinasakan kita.!

Mendidik isteri adalah tangungjawab suami, betol~! mendidik isteri menjadi ahli syurga, begitu juga ibu bapa kita untuk mendidik anak2nya.. dan sebagai seorang anak mahupun isteri, menghormati ibu bapa dan suami adalah wajib.. so ape yang di katakan oleh penulis nie.. "Suami tak redha, biarlah suami jawab nanti." Seperti hilang rasa hormat kepada suami? Pelik~! adakah tu salah suami dalam mendidik? atau memang dia adalah seperti itu? di situ kah wujudnya derhaka terhadap suami.. telah sedia maklum, si isteri keluar rumah tanpa izin suami pown adalah berdosa, meninggi suara terhadap suami pown berdosa.. so, apa yang perlu dia pertikai kan.. si suami akan mengganti tempat ibu si isteri dimana si isteri haruslah mentaati suami terlebih dahulu, di ikuti ibunya..


Hendaklah kita mematuhi cakap ibu bapa dan isteri mematuhi suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama Allah S.W.T.



Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)





ada satu cerita pada zaman Nabi Musa A.S..

"Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya.
Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar.
Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” katanya di dalam hati dengan hairan.
Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan sebagaimana tadi.
Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?”
“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa.
Pemuda itu berkata, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.
“Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku sebagai anak.
“Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku tetap melaksanakan tugas aku.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi,” kata pemuda itu.
Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.
“Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih di sisi Kami,”.
Allah juga berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami pindahkan ke dalam syurga.””

Dan di sini ialah:

TandaISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.


TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

  1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
  2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".
  3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
  4. Wajib bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
  5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  6. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
  7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
  8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."
  9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
  10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
  11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
  12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
    2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
    4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
  13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
  14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.
  15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
  16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
  17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
  18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
  19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
  20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
  21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.
  22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
  23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
  24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
  25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.


"Begitu mudah untuk seorang isteri mendapatkan pahala sebesar gunung dan teramat mudah bagi seorang isteri untuk mendapat dosa seluas lautan"


Antara hadis2 dan sabda:

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)









Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)





Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)









si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)





Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)



p/s: menjadi seorang isteri bukan begitu mudah, pastikan anda telah betul2 bersedia dan cukup ilmu di dada.. jangan di sebab kan segelintir yang di dera oleh suami, si isteri mempertikaikan darjat suami.. dan jangan lah kita mempertikaikan sabda2 @ hadis2 dari ulama'2.. kita begitu jauh dari mereka jika di bandingkan dari semua segi~!

Wallahualam'~!!

:: Che Det ::

Che Det..
I bet everyone know what is it right.

Aku baru je follow Che Det nyer blog nie, and I find that it quite impressive blog.. Very2 Informative (on certain issues, YES~!)

Che Det, blog mantan Perdana Menteri kita yang telah berjaya membawa pelbagai perubahan untuk negara, sehingga kini kita xmalu nk mengaku kita adalah rakyat Malaysia dan pernah berada di bawah pemerintahan beliau..

Che Det, blog Tun Dr. Mahathir Mohamad.. 
Dalam nie ade mcam2.. Pandangan beliau, luahan hati beliau, idea2 beliau mengenai Malaysia pada masa sekarang, dan juga pengakuan2 semasa beliau menjadi Perdana Menteri kita. 

Jasa2 beliau amat2 di hargai oleh rakyat Malaysia. Kepimpinan beliau tiada orang yang boleh tandingi dlam Malaysia. No Wonder la he's everyone IDOL (including me :p).~!

Blog nie aq rate~
BLOG WAJIB FOLLOW~!!!

;)
Regards.

http://chedet.co.cc/chedetblog/
Wednesday, January 19, 2011 | By: d Rex

:: Car or Cycle? ::

:: A Car or Motorcycle? ::


Talking bout what ride? A Car or Motorcycle? Which one is better?
Of course I must look into several things that is important such as the economy itself, which means can I effort to buy it or not? A car or motorcycle? 

It is a natural feeling when you have your own money (your job of course), you will thinks about what do you really want.. Am I right? Same goes to me.. and now I'm thinking about to have my own transportation even I have a "Kapcai" now.. hahahaha.. It's been an almost every Man Dream to have an superbike (even it not really a superbike).. That's what I want too, a Motorcycle that everyone will look to it. The Bike that I mean is the Kawasaki Ninja 250R (picture) which is the price  is reach almost 23k and monthly is about 500+.. and what was playing in my head is.. IS IT WORTH IT?.. Is it worth for me to buy this Bike? of course it doesn't need to have Full B licence and it cool and fast! 200 KM/H just in matter of minutes.




Or is it worth for me to buy Proton Satria Neo CPS (picture). Every man dream to drive this car which is now is a wanted car in Malaysia, and ranked as a hot car by youngster. Fast, Cool, Sporty.! Every things is complete for a single man, and for those who love speed. 125hp.. I thinks it's the fast Malaysian made car in its class (if we doesn't compare it to Neo R3 Lotus Racing), can reach more than 200 KM/H, if you really love speed my dear friends. 57k - 60k on the road, not bad for sporty, fast, cool car. With 600-700 per month, I thinks many people can live with that.! It's been my dream car since it released (for Malaysian made). 




:: On your opinion my dear friends and visitors.. Which is worth for me? ::

:: Orang Kampung ::

:: Aku Orang Kampung ::


Ya tuan2 dan puan2.. memang aku orang kampung.. dan aku xmalu ngaku aku orang kampung.. pe yang HINA sgt orang kampung? aku pown pelik ngn segelintir orang2 BANDAR neh.. setahu aku orang kampung la ramai yang berjya klau nak d bandingkan ngn orang2 bandar..

Sorry kepda orang bandar.. aku cuma sakit ati dengan sstngah warga2 KL neh yang menghina orang2 or masyarakat2 kampung nie.. maybe dorang fikir dorang ckup hebat? or maybe dorang rasa dorang lagi ke hadapan? tapi bila di tnya, jwapnya lagi teruk mcam orang kampung.! so.. cmne tu? apa yang menyebabkan mereka2 ini berlagak sebenarnya~??

bagi aku, ade beberapa sebab yang membuatkan mereka berlagak~!
 1. dorang dari bandar2 besar yg d lengkapi segalanya berbanding kampung
 2. dorang terdedah dengan bnda2 yang lagi hebat dari kampung (comp, internet, fesyen, info)
 3. dorang lg berduit kononnya dari orang kampung
 4. dorang lagi bermaklumat kononnya
 5. dorang lagi hebat dalam berkomunikasi.. kononnya~!!
 6. dorang ikut perkembangan dunia kononnya
 7. dorang tahu segala2 nya..
 8. dan laen2 yg dah malas aku nk list~!!!!


tapi bagi aku pada hakikatnya la kan...
 1. orang kampung lagi lengkap (lagi2 zaman sekarang).. kt bandar mane ade sawah padi, kerbau dll)
 2. mcam la orang kampung skang xdek tenet kan.. tp xdek la berlagak..
 3. klau sal duit.. orang kampung lg kaya kot.. berbidang2 tanah, swah, kebun, ladang2, ternakan2, ape lg ea...
 4. org bandar bermaklumat kononnya.. kerbau pown xknal.. hahaha.. orang kampung tahu jek kan...
 5. berkomunikasi orang kampung la paling hebat.. mcam2 loghat ade.. then klau stakat speaking, idea, laen2 lg.. tgk la skola2 yang bertanding pidato n sebagainya.. smua dari kampung..
 6. orang kampung la ikut perkembangan kan.. merantau jauh2 cari rezeki.. dpat anugerah mcam2.. then ade mcam2 skang kt umah dorang
 7. org kampung lg tahu segalnya.. pling penting mereka tahu sapa mereka sebenarnya.. ;)



So ape yang leh di katakan


ORANG KAMPUNG ROCK~!!!!!

:: Kerja? Kerja! ::

Dalam hanya beberapa hari saja lagi, maka tercipta lah sejarah dalam hidup aku.. muahahahaha~!! alam pekerjaan sebenar hanya menunggu kedatangan aku jek neh.. setelah 6 bulan berpecah peluh training (pecah peluh ke? hehehe), akhirnya akan di konpem kan oleh majikan aku neh.. bersama 7 orang lagi trainers yang bakal menjadi executive2 katanya.. aku dimna? di sini la.. nak tahu datangla yer jenguk tgok kt deparment mna aku tercampak.. ngeh3.. tapi aku amat2 la bersyukur dengan ape yang aku dapat neh.. kata orang 90% kerja biasanya xkan dpat sma ngn ape yg kta belajar.. tapi nasib menyebelahi aku dan mber aku sorang neh.. (siapakah?).. kami dapat kerja yang betol2 relate ngn ape yang kami mentelaah selama beberapa tahun tuh.. sememangnya takdir yang menentukan segalanya.. betol lah kan.. rezeki kat tangan Tuhan.. kita hanya berusaha supaya mendapat yang terbaek.. so, bila da konpem neh.. konpem la gaji naek kan.. tapi yang paling penting ialah.. apa yang bakal aku wat t.. jeng3~~ so.. keep in touch.. love u all~!!
Friday, October 29, 2010 | By: d Rex

:: Piala Malaysia ::

Negeri Sembilan vs Kelantan




bila bercakap sal piala malaysia, dua pasukan ni (kelantan & negeri9) memang xkan terlepas dari perbualan peminat2 bola tempatan.. manakan tidak, mereka adalah seperti musuh tradisi, dan inilah adalah kali ke2 mereka bertemu di pentas final piala malaysia yg mana sebelum nie di menangi oleh n9.. suda semestinya peminat2 bola tanah akhir menjangka kan perlawanan yg amat sengit di antara dua psukan ini.. kelantan sudah semestinya mahu mengambil alih takhta piala malaysia dari genggaman n9, namun semestinya tidak di benarkan oleh skuad sang rusa yg di kendali kan oleh wan jamak ini. n9 adalah salah stu psukan yg mempunyai rmai pemain berbakat dan yang mewakili malaysia. bg aku ni lah salah stu faktor yg membuat kan n9 stu pasukan yg amat payah untuk d tewas kan.. manakala di pihak kelantan pula mereka mempunyai rmai pemain yg berpengalaman dan mereka adalah bekas permata negara kita pada suatu ketika dahulu. dengan gabungan pemain2 berpengalaman dan berprofil tinggi ini, sudah pasti kelantan adalah lawan yg d geruni oleh mana2 pasukan. mereka tidak boleh d pandang remeh setiap persembahan yg d tunjukan oleh mereka amat bertenaga di tambah pula dengan penyokong2 mereka yg begitu fanatik. jadi apakah kesudahan kedua2 pasukan ini di pentas final piala malaysia.. sama2 la kita saksikanya nanti..

:: Kerja ouh Kerja ::

Da dekat 3 bulan aku kerja, mmang suasana laen, gaya hidup laen dan smuanya laen la.. klau time blaja nak tdo lewat bangun lewat pown xpe.. p klas lewat pon selambe dek je kan, ikut suka ati.. klau lecturer tnya ckap je smalm tdo lewat settlekan assingment. muahahaha~ 

tapi bila msuk alam kerja neh~ mak aih.. mcam2 la aku kene ubah.. aku akui mmang payah nk berubah nk tinggalkan perangai lama aku.. kata orang da sebati sejak dari dulu lg la.. so skang aku slow2 ubah, bercakap pown kene laen skang ni (member aku yg cakap.. *katanya suara aku mmg dgar sperti org berkerjaya).. hak3.. lawak gila aku dengar.. aku rasa aku ckap cam bese jek ntah pe la yang berubah pown aku xtaw.. kerja xdek la berlambak sgt.. aku leh cope lagi la wat msa skang nie..

dlam msa 3 bulan nie.. mmang kerja tu ade la sket2 dgan ape yg aku blaja msa kt UiTM.. kos yg aku amik tu aku leh apply dlam aku nyer kerja skang nie.. n baru2 nie top management pgil aku & anothers 2 (kawan aku sekelas msa kt uitm).. so ape yang dorg suh kami buat amat2 la berkenaan dngan ape yg kami blaja msa dkat UiTM.. dorng nak apply kn records management dkat dorang company aku kerja skang nie.. nama aku dan kwan aku lg 2 orang tu da naek da.. so kami d beri msa 2 ari jek tuk settlekan proposal pendek.. aku cuma mengangguk2 tnda boleh buat.. (padahal dalam hati cuak gile).. lpas 2 ari kami anta draft je dlu.. then top management puji.. (bangga toksah ckap la).. hehehe.. syok gile.. then katanya kami kan kene present ape yg kami buat pada Dato' t.. mak aih.. just tertelan air liur je la.. nk wat cmne kan.. huhuhuhu.. xpe la.. asalkan nma da naek.. n dpat perhatian dari management kira ok la tu.. kata orng rezeki xkemana.. kerja yg kita dapat akan setimpal dengan kemampuan kita.. kita kene bersyukur dngan ape yg kita ade.. xgitu..



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya".
(Al-Baqarah: 286)

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun".
(Riwayat Al-Baihaqi) 


Thursday, October 28, 2010 | By: d Rex

:: Malaysian Indie Band ::

"rezeki ada di mana - mana, hanya memerlukan usaha dan masa untuk ketemuinya. dan janganlah kita lupa bahawa rezeki itu daripadaNya. bersyukurlah dengan apa yang kita ada, jangalah lupa diri bila mengenal erti kejayaan. sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui."


Bercakap pasal band indie kat malaysia, aku dah pown tengok beberapa band secara live. memang dorang bertenaga dalam persembahan dan setiap lagu yang di sampaikan tu memang hebat. Indie band mula dapat perhatian khususnya remaja seperti aku la gak kan.. hehehehe.. dan kat sini aku akan nyatakan indie band yang aku minat.

Top on my list adalah butterfinger, meet uncle hussien and seven collar t-shirt. top3 la nie.

Butterfinger.
rasanya semua orang tahu band nie.. sejak dari awal menapakan kaki kt industri hiburan,  butterfinger tidak pernah mengecewakan peminat2 mereka termasuk aku. hebat memang hebat dan mereka antara indie band terawal di malaysia dan mereka memain peranan yang begitu besar dalam indie nie. aku rasa mereka adalah sebuah band yang berkarisma dan berbakat tinggi, tiada lagi band2 indie lain yang boleh setaraf dengan mereka untuk setakat ini (bagi pandangan aku la). dengan idea2 yang menarik, lagu2 yang hebat dan mereka tiada gossip2 liar yang boleh menjatuhkan mereka. mesra bersama peminat dan tidak lokek untuk berkongsi sesuatu. apabila mendengar berita yang mereka nak berpecah untuk ikut pilihan masing2 aku amat2 kecewa. tetapi mereka kembali dengan album baru mereka "kembali". semua lagu dalam album nie aku ade. memang tidak mengecewakan, walaupun dorang lama menyepi tetapi hadir membawa sesuatu yang meninggalkan terhadap peminat2 indie tanah air. hebat~! kali pertama aku tengok butterfinger perform live memang tidak mengecewakan. seakan2 sama sepeti aku dengar MP3 dan sebagainya.. ori punya suara, xdek edit2 or author2.. ni lah yang kita nak.. 

RATE: 10/10, 5star.

Meet Uncle Hussien (MUH)
MUH mula mencuri tumpuan aku dengan lagu mereka yang memang hit "lagu untukmu". lagu nie aku rasa semua peminat indie tanah air tahu, mungkin lrik pown ade dalam kepala kot. lagu mereka juga di gunakan dalam cerita KAMI (one of my feveret muvie). MUH muncul antara satunya penyanyi indie yang mempunyai suara yang begitu unik, begitu tinggi. xdek satu lagu pown dari MUH yang rendah pitchingnya, smua note tinggi2 membuatkan penyanyi laen mmg sukar untuk menyanyikan lagu dorang. dengan suara nyaring yg d anugerahkan, MUH berjaya membawa diri mereka ke persada lebih tinggi. aku sendri tgok live dorg perform, mmg power.. xdek nak edit2 atau pape. Lan (vokalis) mmg sorg yang d anugerahkan dgan suara yang unik, dan MUH tahu mempersembahkan persembahan yang mantap seperti yang kita lihat pada juara lagu. memang berbeza pendekatan yg mereka cuba gunakan. tetapi imej mereka tercemar kerana msalah disiplin yang d tnjukan oleh vokalis sendri. aku mula2 kecewa gak dengan ketiadaan Lan, tetapi aku hepi tgok Lan blik ke persada seni dengan band nya sendri "Lan and the Typewriter". dan MUH juga mendapat pengganti seperti Lan iaitu Black Mentor. black memang sesuai menjadi pengganti kerana dia mempunyai suara yang unik seperti Lan.

RATE: 9/10, 5star.

Seven Collar T-shirt
aku tidak la tahu banyak mengenai seven collar t-shirt. aku suka dengan lagu2 dorang, rilek je dan lagu2 yg memang enjoy. member aku ajak aku p tgok dorang perform n BOOM! mmang hebat. sama seperti butterfinger & MUH, suara vokalis memang sebijik cam dalam mp3. dan berubah2.. dan dengan persembahan yang selambe dek cam dorang jamming buat aku lagi suka. dengan sikap yang tidak bongkak suka bersembang dengan audience. wah! ni la yang kita ari, artis yang anggap mereka cuma orang biasa. kan3.. tapi tidak la aku tahu di sebaliknya kan. Seven Collar T-shirt tidak la begitu menonjol seperti MUH & butterfinger, mungkin sebab ramai yang tidak tahu tentang kehadiran mereka. pape pown mereka antara indie band yg hebat di tanah air kita.

RATE: 9/10, 4star



mungkin korang tanya camne dengan band2 indie laen, dorang xhebat ke? dorang xmantap ke? camne ngan HUJAN, BUNKFACE, ESTRANGED, ONE BUCK SHORT, BITTERSWEET, ESTRELLA, BITTERSWEET, dan lain2.. aku pernah dengar mereka perform, tapi tidak la se ori yang top3 aku dengar.. suara dorang agak laen bila secara live.. so aku bukan la kata mereka xbagus, cuma bukan di antara top3 yang aku minat.. banyak indie band yg aku minat selain top3 & yg aku list tu, aku pown minat:

-DISAGREE
-A.C.A.B
-APPLE JUICE
-CLOSEHEAD
-COUPLE
-ESCORET
-FORGOTTEN
-FUNKOP
-GERHANA SKA CINTA
-JULIA GOES OVERSEA
-LAILA'S LOUNGE
-MELASTIK BINTANG
-MOZARELA
-NADIA PICTURE SHOW
-PAKOQ
-PESAWAT
-PLAGUE OF HAPPINESS
-POP SHUVIT
-SECRET SILENCE
-SKY JUICE COFFEE
-SODA
-STATIK
-SUPERGLAD
-THE PILGRIM
-THE SUSPECT
-THE TIMES
-TRIPLANE
-YUNA
-TETAMU
-OAG
-OTHERS...................

:: Defining P.Ramlee ::

 "Five people who knew the actor-director in person talk about the man behind the legend prior to the premiere of a two-hour documentary on his life this Oct 31"


Documentary of P. Ramlee will soon be on Astro. Resource said that it would be on Oct 31 at 9pm, the History channel (Astro Channel 555). This is a great opportunity to all Malaysian citizen to know about our greatest Director, Singer, Actor we ever had. All the bad things that we hear about  him before will be vanished forever. I still didn't understand to whom who are really hate P.Ramlee, if not because of him, Malaysian film won't be as greatest as today. Some of others Director still based on P.Ramlee ideas in their film. His tribute to our film industry has leave a magnificent effects in everyone heart.

EVEN 37 years after his death, Malaysians of all races still know, love, admire and respect him. That shows the impact the late legendary actor-director, P. Ramlee, has had on people now and in the past.

At the recent press conference on the documentary, several people who were lucky enough to know P.Ramlee in person share their thoughts and memories of this Malaysian icon.

P.Ramlee’s son Sazali said:
"He was the most loving dad I know. He made a film (Anakku Sazali) based on my name. He pampers me a lot and has never beaten me except once. I burnt one of his coats, one used in his film and he was furious. I still miss my dad."

There will be no more P.Ramlee. Not in this era, not today. He can't be replaced even in million years. His passion for his industry that we need to be look at.

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya
 

:: Convocation Ceremony ::

UiTM 73th Convocation Ceremony held on 25th November - 6th Disember 2010. My ceremony will be held on 30 November 2010 evening session. All of you were invited to my convocation ceremony, and don't forget to buy some nice present for me yea. :D.. I was grateful to ALLAH S.W.T, because on HIS will, I finish my study and gain my Bachelor Degree. Thanks to my Family especially my UMIE (Puan Khatijah Binti Ismail) who always support me on whatever situations she's into, and for whatever she's do for me for all this time. I'm grateful to have such a great mother like you UMIE. And now with you prayer I got a job and even I can't payback what you have sacrifice for me, for my study, for my success fullness and for all, I will try to give my best for you UMIE, it's my time to do what I have and need to do for a mother, that is what son for right. And please forgive me if I can't make you happy or satisfied and please guide me in this new world. A working environment is totally new for me, and please pray for me UMIE, I need your bless to be someone who are useful to their family. 
 
For my all of my friends, now its the time. The time to claim our hardworks for 5 years in UiTM. A scroll that will make us a new comers in new environment who will looking for a good job that equivalent with our qualification. Thanks for being my best friends and thanks for being my struggle friends (which I love to call it that way). We have been through so many situation (bad or not) and that make us more strong then ever. We learn from failure, criticism and so many more and it make us someone who acquire a great skills to conserve with working environment that waiting for us outside there. Are u ready my friends? Let together get through it and always remember that I always there for you. 24hours of HP, call me anytime, I will pickup if I'm not busy. Always help other who in need and please don't become someone who arrogant with yourself.
 
 
"A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad.  ~Arnold H. Glasgow"
 
"If you're alone, I'll be your shadow.  If you want to cry, I'll be your shoulder.  If you want a hug, I'll be your pillow.  If you need to be happy, I'll be your smile.  But anytime you need a friend, I'll just be me."