Monday, March 1, 2010 | By: d Rex

:: Kembara NUR KASIH ::

Pada 26,27,28 Februari 2010.. Aku and others teman - teman aku telah menyertai satu kem motivasi untuk pelajar sekolah agama maahad di sungai siput, Perak.. Seronok dan teramat seronok dapat masuk kampung da jumpa student dari form1 - form5.. Kem motivasi ini berjalan lancar dan kami yang di gelar abang - abang dan juga kakak - kakak FASI, ade juga yang memanggil kami sebagai CIKGU, USTAZ or USTAZAH.. Kedatangan kami di sambut baik.. Pelajar sekolah menengah agama maahad nurul fadzliah dan juga pelajar dari dua lagi sekolah lain yang turut menyertai kem ini.. Rasanya seramai 145 orang pelajar (Lelaki & Perempuan).. Segala aktiviti berjalan lancar, bagi kami ia satu program yang berjaya.. Kerenah budak - budak kami layan je, seronok, walaupun kadang - kadang ade yang degil dan tidak dengar kata.. Tapi tu semua biasa la, aku masa jadi budak pun camtu gak.. Pelajar - pelajar sekolah ni teramat la pemalu, dorang nak bercakap antara lelaki dan perempuan semamangnya teramat payah pada mulanya, duduk pun memang jauh, tak pandang muka.. Tapi lama - kelamaan, dorang mula serasi dan memberi kerjasama yang baik.. Rasanya semua group tiada masalah yang begitu besar.. Bagi group aku, iaitu group 4.. Ade 7 Lelaki dan 7 Perempuan.. Semua dari form1 - form2.. Dan dorang semua adalah pelajar - pelajar yang rajin dan banyak pendapat cuma pada mula semua agak malu - malu nak keluar kan idea.. Masih lagi aku ingat nama pelajar dari group 4.. Mirul,Ketua, Dedikasi, Responsible, Bijak, Hebat, ada gaya seorang pemimpin), Haziq (Lawak, slumber), Iqbal ( Berkaca mata, suka bertanya, suka bergambar), Solihin (pendiam, pemalu tapi berisi, berani), Iwan (lawak, cool, suka bercakap), Zul  (pendiam teramat) dan Azhar (pemalu la konon).. Perempuan lak.. Efa (penolong, berani, dedikasi)  , Aida (cute, berani, suka sukarela kan diri dalam ape - ape aktiviti), Aroma (pemalu), Mira (pemalu tapi idea mencurah - curah), Mai (agak pendiam tapi suka membantu dan berani), Miza (pendiam dan pemalu) dan Fiqa (pendiam dan sukarela seperti aida).. Tu la ahli - ahli group aku, walaupun aku busy dengan tugas aku sebagai BIRO TEKNIKAL dengan mengambil gambar dan sebagainya, tapi aku cuba untuk bersama group dan memberi sedikit idea dan juga bersembang dengan mereka.. Adik - adik GROUP 4, abang minta maaf la kalau abang tak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai FASI korang yer..RINDU korang semua.. Korang semua memang bagus dan baek - baek.. Belajar rajin - rajin yer.. Beralih kepada semua sekali yer.. Semua ade 10 group dan setiap group ade FASI masing - masing.. Kepada pelajar - pelajar dari group lain tu, macam Mas tu, abang minta maaf la sebab ambil pic korang yer.. Bukan ambil sebab suka - suka, tapi memang da tugas, kami nak letak kat slide.. Abang dah baca semua komen - komen adik.. Ade yang tak suka abang yer sebab ambil gambar & ade yang fobia dengan FLASH.. Sorry la ek.. But, it's my job.. It's goes same to you guys when you hold a position in some events, you must do your job in whatever situation.. kecuali atas sebab - sebab tertentu la kan.. Aku memang seronok di sana, aku leh naek jambatan gantung ( dah lama sangat aku tak naek), aku leh kenal adik - adik dari sekolah agama, aku leh berkongsi cerita, aku leh bersukan ngan dorang, aku leh lihat kerenah dan telatah pelajar sekolah, aku leh melawat tempat orang dan sebagainya.. makanan yang di sediakan sedap, no komen terhadap makanan.. kepada Kak Sha dan Imah, terima kasih yer sebab korang dapat handle group walaupun aku tak dapat nak join.. & terima kasih sebab faham.. Korang memang besh!! Kepada semua peserta kem motivasi ni, korang semua memang hebat, dan bagus.. Cuma korang perlu berusaha lebih keras lagi, jangan malu sangat untuk bercakap dan bagi pendapat, korang kena belajar untuk bergaul dan berkongsi setiap idea dan korang harus berani untuk berdiri dan meluahkan pendapat korang.. BELAJAR lah RAJIN - RAJIN.. dan jangan LUPA pesanan abang - abang dan akak - akak FASI yer.. Abang wakil semua FASI ingin memohon maaf kalau ade tersilap dan terkasar bahasa..


"Far better is it to dare mighty things, to win glorious triumphs, even though checkered by failure...than to rank with those poor spirits who neither enjoy much nor suffer much, because they live in a gray twilight that knows not victory nor defeat." 






::-:: Pic akan di upload ::-::

0 Pendapat?:

Post a Comment