Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts
Monday, December 31, 2012 | By: d Rex

Tanya Diri Sendiri (Suami, Isteri dan Mereka2)

Assalamualaikum wbt semua..

OK! First of all, terima kasih kepada pembaca2 blog aku.. tak banyak post pun.. lately busy.. now ade ruang sikit untuk coretan2 neh.. (BOS CUTI).. hihihihihi..

Ade satu kisah yang sgt2 aq tertarik.. of course.. macam korang baca topik tu la.. yang dalam kurungan tu, "Suami, Isteri dan Mereka2".. Mereka2? Siapa.. Korang baca lah sampai abis.. t korang taw la :)

Happened to my friends jugak citer nie.. (asyik citer sal org jek.. sal aq bile? hahaha.. tungguuuu...)

So.. soalan pertama aq la pada suami2 dan isteri2 yer.. "KENAPA KORANG BERKAHWIN atau BERNIKAH?"
*boleh pilih lebih dari 1 jawapan

a) Sunnah/Agama
b) cinta dan sayang
c) Suka2
d) Sebab kawan2 pun kawin
e) sebab tak taw.. tiba2 rasa nak kawin
f) ....................................................................
g) lain-lain


so korang jawap la dalam hati.. n korang nilai la ape yang aku citer kat bawah nie yer....

Friends once told me "Married can bring you happiness".. so cepat2 la kawin der...

Ya! memang.. memang kawen itu akan bawa kita kebahagiaan.. tapi kita kena ingat.. bahagia tu tak kan datang dengan sendiri.. suami isteri lah yang akan menentukan keutuhan, kebahagian perkahwinan atau rumah tangga mereka, bukan ibu bapa, bukan sahabat handai bukan sesiapa.. 

tapi adekah semua perkahwinan itu bahagia.. ya.. sudah tentu TIDAK!! (eh kejap! asal ayat aku skema? @.@)

ok.. hihih.. sorry di atas keSKEMAan itu..!! :D

dalam perkahwinan, suami lah yang paling penting.. sbb mereka adalah ketua keluarga.. atas sebab atau dasar ape pn kita berkahwin.. INGAT, kita jangan la lepas tangan atas tanggungjawab kita.. si isteri tu tetap isteri, kawin paksa ke, rela ke, ape ke.. kahwin ttap kahwin, korang adalah suami isteri yang sah.. xdek alasan2 lagi dah...

ade hikmah kenapa ALLAH S.W.T menjadikan isteri itu sebagai jodoh.. as my friend case ni la.. kawin atas dasar kesian... so dia xdek rasa sayang or cinta kt isteri dia.. so sbb itu dia selingkuh.. opsss!! sorry.. perkataan tu salah kot.. bak kata budak2 zaman skang.. dia "try" gadis2 lain.. termasuk lah, awek orang.. tunang orang.. dll.. tp dia lupa.. bagi aq la kan.. ape yg dia buat tu.. adalah stu benda yg bodoh dan xmasuk akal.. ko da berkahwin.. dah ade bini.. knpa nak curang.. nk try org lain.. awek org plak tu.. lagi lah kalau tunang orang.. kalau bini orang? lain plak citernye kan...

kau yang setuju utk kawen ngn bini ko.. so means ko setuju utk terima dia seadanya.. tak kisah lah ko terpaksa ke ape ke... jadi tunaikan lah tanggungjawab ko sebagai suami.. 



"Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik."


yer... isteri tu di cipta dari tulang rusuk suami.. klau ko tak suka isteri ko, means ko xsuka diri ko sendri.. sbb ia dari tulang rusuk ko.. as suami bimbinglah isteri ko tu, byk kan bersabar.. ini belom pape dah mengaku kalah, dah crita itu ini sal bini sndri.. aduiiihaiii... kesian kdg2 aq tgk.. tp nak wat cmne.. pertingkat kan ilmu dalam diri kita.. dan didik lah isteri tu sebaik2nya... itu jalan yg terbaik rasanya.. dari ko try2 orang lain punyer.. lpas tu bini dia duk attack budak tu,, kecian kt budak tu tak taw ape2.. (dalam kes ni "budak tu" adalah kawan aq jugak, tp yg bgusnya dia tak melayan, llki tu jek lebih2 duk contact2 dia.. tp dia still kene bambu gk ngn bini mber aq neh)

sesetengah orang akan cakap.. "ko belum kawin, ko tak taw lagi" or "ko tak tak taw ape masalah aq" or "bini aq tu.. macam2 hal.. aq bosan la" or mcam2 lagi la...

walau apepun alasan yang korang bagi.. ia tak mengubah status ko as suami.. or isteri.. igtlah.. saat suami akad nikah tu.. saat tu la termeterainya (betoika aq eja) perjanjian suami isteri.. jatuh satu tanggungjawab yang besar..

ini kes ni belom ade anak.. (of course means baru kahwin, tp xdek la baru sgt).. camne kalau ade anak nanti? 
tp aq da masak ngn perangai mber aq nie.. dia mmg cmtu.. puas nasihat.. bila nak sedar pn aq xtaw.. kalau dia xleh nk sayang or didik isteri dia skang ni (xksah la teruk cmne pun isteri tu, tu tanggungjawab suami), korang rasa boleh ke dia nak try syg or didik yg lain.. aq rasa tak.. sebab ALLAH S.W.T tu MAHA ADIL, MAHA BERKUASA, selagi dia tak ubah perangai dia nie.. selagi tu la bnda ni tak kan selesai...

lagi satu.. member aq yg pmpn tu dh bg hint dan cakap jgn ggu dia.. tp si mamat nie wat xendah je kot.. itu pun satu hal.. xdek perasaan malu dan kesian.. aq pn pelik ngn orang2 cmni.. tebal mana muka dorang ek? huhuhuh.. kawan pun kawan jugak... that girl tu pun kawan aq.. kalau jadi pape la.. for sure aq akan masuk belah  mber aq yg pmpn nie.. sbb dia tak bersalah.. tahap gatal llki tu tahap mana pn aq tak taw la.. 

malas nak type pnjg2.. sbb makin sakit ati plak aq.. silap2.. pecah monitor nie.. hahahahaha!!!

pape pun.... ingatlah suami isteri yer... :)


terutamanya si suami la


"Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya."




"Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)







Monday, October 22, 2012 | By: d Rex

Kesedaran Terhadap Kepentingan Dokumen/Rekod

Assalamualaikum w.b.t and Selamat Pagi :)..

Sepatutnya "dan" selamat pagi.. memandangkan aku akan menggunakan Bahasa... Anyway, tak salah kalau campur2 kan ;)...

Yup Tuan2 dan Puan2.. Still bercakap pasal dokumen/rekod.. surat, agreement dsb nya lah..!!
(in the end, that what i do pun)..

sesetengah masyarakat memandang remeh terhadap kepentingan dokumen/rekod nie.. bagi mereka benda ni tak penting pun.. belakang kira.. takpe.. put it aside, let's focus on other thing.. lepas tu... pom pam pom pam membebel bila sesuatu dokumen tu hilang.. dan mula lah masing2 tuding jari.. cari salah masing2.. so kat sini kita tunjukkan kebodohan diri kita.. orang cakap, "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna".. 

banyak contoh yang aku leh kasi sebab benda ni jadi kat sekeliling aku jugak... banyak sangat banyak..!! contohnya member aku sendiri, hilang surat saman lah, hilang bill lah, dll.. so bagi dorang benda2 ni semua nye remeh.. tak perlu ambil tahu.. tapi bila kena kat diri sendiri.. mula la mengigau cari..

why kita semua bawa kad pengenalan ke sana sini.. bawa lesen masa memandu.. sebab kita tahu benda tu penting.. sebab kita belajar dari pengalaman diri sendiri mahupun orang lain.. tahu kah kita bahawa I/C dan lesen tu sebenarnya adalah dokumen/rekod.. atau pun ada orang panggil dokumen pengenalan diri.. itu salah satu contoh untuk semua yang mengatakan dokumen/rekod tu penting.. 

KENAPA, APA YANG PENTING SANGAT DOKUMEN/REKOD NIE?

Soalan Normal.. ;)

Yang paling2 penting dan senang untuk kita ingat adalah sebab ianya mengandungi BUKTI, PROVE, KESASIHAN, dan apa lagi ayat yang sesuai kita tafsirkan!! Contoh, kat I/C pun kita boleh nampak bukti.. bukti yang kita adalah rakyat malaysia, bukti agama kita, bukti tempat lahir kita, bukti tarikh lahir kita dll.. itu yang paling penting kan.. kalau kat company.. cuba kita lihat pada agreement2.. ouh sudah tentu ianya penting, nama pun agreement.. ok.. kita tengok email cukup la... email tu boleh di jadikan bukti yang sangat2 kukuh.. conversation melalui email memang jadi pilihan bagi orang bekerja nie.. sikit2 email.. sikit2 email.. so jangan mudah kita nak delete semua email2 yang kita dapat tu.. biar ada masa untuk ia luput.. kita sendiri boleh tetapkan bila masa ianya luput.. 

kita lihat apa yang terjadi pada "Pulau Batu Putih" kita kehilangan sedikit tanah.. walaupun sedikit tapi impak nya sangat besar.. kenapa.. sebab kita tiada bukti yang mengatakan bahawa pulau itu adalah milik kita.. milik malaysia.. di mana semua dokumen2, bukti2, rekod2..?? who knows.!! sepatutnya dari situ kita belajar.. belajar untuk mengetahui betapa pentingnya sesebuah dokumen/rekod itu.. bukan itu je.. kita pun patut belajar menghargai..

malas aku nak type panjang2 sebenarnya.. ni sekadar untuk meluahkan perasaan aku.. kalau aku bercakap depan2 dorang cakap aku tak taw pape2.. bila kena baru nak cari dan salahkan aku... benda2 macam nie kadang2 buat aku menyampah!

so korang taw mana baik mana buruk.. try to learn something new.. salah satu darinya.. kepentingan dokumen dan rekod.! 


Monday, January 24, 2011 | By: d Rex

:: Syurga bawah tapak kaki Ibu, bawah tapak kaki suami ::

Assalamualaikum..

Aq agak tertarik ngan citer sal Syurga bawah tapak kaki ibu & suami neh pada satu laman web yang d tulis oleh seorang wanita (Ibu) nie.. http://www.e-bacaan.com/emailc33.htm

Agak2 korang, pe yang korang faham ngan maksud syurga di bawah tapak kaki ibu dan suami?

Bagi aku yang paling senang nak describe ialah, kita xbleh derhaka kepada ibu dan isteri kepda suaminya.. itu kefahaman aku la.. korang plak aq xtaw cmne.. aq nie bukan la terer sgt bab2 agama neh.~! 

OK.. pada satu web ini, dia menyatakan 
"Kaum lelaki bertanggungjawab memberi nafkah kepada kaum wanita. Kaum lelaki juga bertanggungjawab mendidik kaum wanita supaya menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah i.e. ahli syurga. Inilah maksud “Syurga di bawah tapak kaki suami”. Bukan seperti ajaran songsang yang biasa diajar oleh “alim-ulamak” kita iaitu “Isteri wajib taat kepada suami, Kalau suami tak redha tak cium syurga”. Gilo ko? Syurga neraka bukan suami punya, Allah yang punya. Mana ada Allah kata yang kalau suami tak redha isteri tak masuk syurga?"

Betol la ape yang di katakannya tu.. Tapi sedikit terdetik d hati nie.. Dia seperti mempertikai kan bila dia ckap camni
"Cubalah fikir, kalau kita taat kepada Allah dan Allah dah redha dengan kita, buat apa nak cari keredaan makhuk lagi? Kalau Allah dah redha, suami tak redha, biarlah suami jawab nanti. Kalau ikut akal pun, sekiranya Allah dah redha, orang yang tak redha tu dah tak taat pada Allah. Biarlah Allah yang menghukumnya sekiranya dia layak dihukum."

Apakah yang di fikirkannya pown aq xtaw.. Xperlu cari keredhaan makhluk?
IBU? sebagai seorang lelaki juga manusia, aq rasa keredhaan ibu itu teramat2 la penting.. kalau x, di mana datangnya sumpahan ibu yg boleh membinasakan kita.!

Mendidik isteri adalah tangungjawab suami, betol~! mendidik isteri menjadi ahli syurga, begitu juga ibu bapa kita untuk mendidik anak2nya.. dan sebagai seorang anak mahupun isteri, menghormati ibu bapa dan suami adalah wajib.. so ape yang di katakan oleh penulis nie.. "Suami tak redha, biarlah suami jawab nanti." Seperti hilang rasa hormat kepada suami? Pelik~! adakah tu salah suami dalam mendidik? atau memang dia adalah seperti itu? di situ kah wujudnya derhaka terhadap suami.. telah sedia maklum, si isteri keluar rumah tanpa izin suami pown adalah berdosa, meninggi suara terhadap suami pown berdosa.. so, apa yang perlu dia pertikai kan.. si suami akan mengganti tempat ibu si isteri dimana si isteri haruslah mentaati suami terlebih dahulu, di ikuti ibunya..


Hendaklah kita mematuhi cakap ibu bapa dan isteri mematuhi suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama Allah S.W.T.



Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)





ada satu cerita pada zaman Nabi Musa A.S..

"Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya.
Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar.
Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” katanya di dalam hati dengan hairan.
Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan sebagaimana tadi.
Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?”
“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa.
Pemuda itu berkata, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.
“Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku sebagai anak.
“Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku tetap melaksanakan tugas aku.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi,” kata pemuda itu.
Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.
“Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih di sisi Kami,”.
Allah juga berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami pindahkan ke dalam syurga.””

Dan di sini ialah:

TandaISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.


TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

  1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
  2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".
  3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
  4. Wajib bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
  5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  6. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
  7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
  8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."
  9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
  10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
  11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
  12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
    2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
    4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
  13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
  14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.
  15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
  16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
  17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
  18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
  19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
  20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
  21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.
  22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
  23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
  24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
  25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.


"Begitu mudah untuk seorang isteri mendapatkan pahala sebesar gunung dan teramat mudah bagi seorang isteri untuk mendapat dosa seluas lautan"


Antara hadis2 dan sabda:

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)









Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)





Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)









si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)





Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)



p/s: menjadi seorang isteri bukan begitu mudah, pastikan anda telah betul2 bersedia dan cukup ilmu di dada.. jangan di sebab kan segelintir yang di dera oleh suami, si isteri mempertikaikan darjat suami.. dan jangan lah kita mempertikaikan sabda2 @ hadis2 dari ulama'2.. kita begitu jauh dari mereka jika di bandingkan dari semua segi~!

Wallahualam'~!!

Tuesday, March 23, 2010 | By: d Rex

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di KaabahNabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Saturday, March 6, 2010 | By: d Rex

:: Kisah Motivasi ::

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Saturday, February 13, 2010 | By: d Rex

Don't Judge a BOOK by it's COVER

thinks twice before judging a person.. not all individual or a person that you doesn't comfortable with are bad or something that you describe it as BAD.. Look into yourself, do you thinks you is the best person around? But actually, you are surrounding by a best persons.. live with your life doesn't means you are the best.. go outside of the other WORLD of your life.. then you will know what life really means.. THINK outside the box, not inside the box..
Thursday, August 27, 2009 | By: d Rex

Ramadhan: Fadhilat

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.