Saturday, July 18, 2009 | By: d Rex

Kampus UiTM Puncak Perdana

Kampus satelit UiTM Puncak Perdana yang terletak di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan merupakan kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Fakulti Pengurusan Maklumat (Information Management) yang merupakan pelopor kampus ini ditempatkan di sini. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga telah dipindahkan ke sini. Bukan semua pelajar baru dan lama akan masuk di sini walaupun sebelum ini para pelajar baru akan dihantar ke kampus Arau selama 1 semester <-- untuk course tertentu sahaja.Pada awal 2005, kampus ini telah menerima pelajar-pelajar dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik walaupun lokasi pembelajaran mereka terletak di seksyen 13 (stadium Shah Alam). kini fakulti tersebut telahpun berpindah sepenuhnya ke Puncak Perdana sekaligus menjadikan bangunan blok 6 sebagai fakulti rasmi mereka. apatah lagi kini fakulti terbabit telah diterajui oleh dekan baru iaitu Dr. Hatta Azad Khan. Kampus Puncak Perdana juga mengisi sebilangan pelajar Fakulti Pengurusan Kesihatan dan lain-lain fakulti walaupun bilangan mereka adalah kecil.Terdapat kemudahan asasnya yang ada di sini ialah Blok Fakulti, Blok Kediaman Pelajar yang dipanggil Kolej Puncak Perdana, Blok Dewan makan, dan Pusat Islam Al-Iqra yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Kemajuan Islam , Pusat pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM.

0 Pendapat?:

Post a Comment