Thursday, October 28, 2010 | By: d Rex

:: Malaysian Indie Band ::

"rezeki ada di mana - mana, hanya memerlukan usaha dan masa untuk ketemuinya. dan janganlah kita lupa bahawa rezeki itu daripadaNya. bersyukurlah dengan apa yang kita ada, jangalah lupa diri bila mengenal erti kejayaan. sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui."


Bercakap pasal band indie kat malaysia, aku dah pown tengok beberapa band secara live. memang dorang bertenaga dalam persembahan dan setiap lagu yang di sampaikan tu memang hebat. Indie band mula dapat perhatian khususnya remaja seperti aku la gak kan.. hehehehe.. dan kat sini aku akan nyatakan indie band yang aku minat.

Top on my list adalah butterfinger, meet uncle hussien and seven collar t-shirt. top3 la nie.

Butterfinger.
rasanya semua orang tahu band nie.. sejak dari awal menapakan kaki kt industri hiburan,  butterfinger tidak pernah mengecewakan peminat2 mereka termasuk aku. hebat memang hebat dan mereka antara indie band terawal di malaysia dan mereka memain peranan yang begitu besar dalam indie nie. aku rasa mereka adalah sebuah band yang berkarisma dan berbakat tinggi, tiada lagi band2 indie lain yang boleh setaraf dengan mereka untuk setakat ini (bagi pandangan aku la). dengan idea2 yang menarik, lagu2 yang hebat dan mereka tiada gossip2 liar yang boleh menjatuhkan mereka. mesra bersama peminat dan tidak lokek untuk berkongsi sesuatu. apabila mendengar berita yang mereka nak berpecah untuk ikut pilihan masing2 aku amat2 kecewa. tetapi mereka kembali dengan album baru mereka "kembali". semua lagu dalam album nie aku ade. memang tidak mengecewakan, walaupun dorang lama menyepi tetapi hadir membawa sesuatu yang meninggalkan terhadap peminat2 indie tanah air. hebat~! kali pertama aku tengok butterfinger perform live memang tidak mengecewakan. seakan2 sama sepeti aku dengar MP3 dan sebagainya.. ori punya suara, xdek edit2 or author2.. ni lah yang kita nak.. 

RATE: 10/10, 5star.

Meet Uncle Hussien (MUH)
MUH mula mencuri tumpuan aku dengan lagu mereka yang memang hit "lagu untukmu". lagu nie aku rasa semua peminat indie tanah air tahu, mungkin lrik pown ade dalam kepala kot. lagu mereka juga di gunakan dalam cerita KAMI (one of my feveret muvie). MUH muncul antara satunya penyanyi indie yang mempunyai suara yang begitu unik, begitu tinggi. xdek satu lagu pown dari MUH yang rendah pitchingnya, smua note tinggi2 membuatkan penyanyi laen mmg sukar untuk menyanyikan lagu dorang. dengan suara nyaring yg d anugerahkan, MUH berjaya membawa diri mereka ke persada lebih tinggi. aku sendri tgok live dorg perform, mmg power.. xdek nak edit2 atau pape. Lan (vokalis) mmg sorg yang d anugerahkan dgan suara yang unik, dan MUH tahu mempersembahkan persembahan yang mantap seperti yang kita lihat pada juara lagu. memang berbeza pendekatan yg mereka cuba gunakan. tetapi imej mereka tercemar kerana msalah disiplin yang d tnjukan oleh vokalis sendri. aku mula2 kecewa gak dengan ketiadaan Lan, tetapi aku hepi tgok Lan blik ke persada seni dengan band nya sendri "Lan and the Typewriter". dan MUH juga mendapat pengganti seperti Lan iaitu Black Mentor. black memang sesuai menjadi pengganti kerana dia mempunyai suara yang unik seperti Lan.

RATE: 9/10, 5star.

Seven Collar T-shirt
aku tidak la tahu banyak mengenai seven collar t-shirt. aku suka dengan lagu2 dorang, rilek je dan lagu2 yg memang enjoy. member aku ajak aku p tgok dorang perform n BOOM! mmang hebat. sama seperti butterfinger & MUH, suara vokalis memang sebijik cam dalam mp3. dan berubah2.. dan dengan persembahan yang selambe dek cam dorang jamming buat aku lagi suka. dengan sikap yang tidak bongkak suka bersembang dengan audience. wah! ni la yang kita ari, artis yang anggap mereka cuma orang biasa. kan3.. tapi tidak la aku tahu di sebaliknya kan. Seven Collar T-shirt tidak la begitu menonjol seperti MUH & butterfinger, mungkin sebab ramai yang tidak tahu tentang kehadiran mereka. pape pown mereka antara indie band yg hebat di tanah air kita.

RATE: 9/10, 4star



mungkin korang tanya camne dengan band2 indie laen, dorang xhebat ke? dorang xmantap ke? camne ngan HUJAN, BUNKFACE, ESTRANGED, ONE BUCK SHORT, BITTERSWEET, ESTRELLA, BITTERSWEET, dan lain2.. aku pernah dengar mereka perform, tapi tidak la se ori yang top3 aku dengar.. suara dorang agak laen bila secara live.. so aku bukan la kata mereka xbagus, cuma bukan di antara top3 yang aku minat.. banyak indie band yg aku minat selain top3 & yg aku list tu, aku pown minat:

-DISAGREE
-A.C.A.B
-APPLE JUICE
-CLOSEHEAD
-COUPLE
-ESCORET
-FORGOTTEN
-FUNKOP
-GERHANA SKA CINTA
-JULIA GOES OVERSEA
-LAILA'S LOUNGE
-MELASTIK BINTANG
-MOZARELA
-NADIA PICTURE SHOW
-PAKOQ
-PESAWAT
-PLAGUE OF HAPPINESS
-POP SHUVIT
-SECRET SILENCE
-SKY JUICE COFFEE
-SODA
-STATIK
-SUPERGLAD
-THE PILGRIM
-THE SUSPECT
-THE TIMES
-TRIPLANE
-YUNA
-TETAMU
-OAG
-OTHERS...................

0 Pendapat?:

Post a Comment